![]() |
Pengarah Pengurusan DUN En Mat Jan Sulong tidak ketinggalan untuk memberi bantuan meyampaikan bantuan kepada penerima. |
Bagi melicinkan pengagihan wang berkenaan, tujuh program telah dijalankan oleh LZS dalam memastikan setiap mangsa menerima bantuan berkenaan dan yang terakhir telah diadakan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selasa lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, kesemua mangsa yang terjejas akibat bencana itu tergolong di bawah peruntukkan fisabilillah dan layak untuk mendapat bantuan zakat.
Katanya, melalui bantuan yang disalurkan, setiap keluarga akan menerima sumbangan sebanyak RM300 bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana yang berlaku.
"Program kali ini adalah yang ketujuh dan terakhir untuk fasa pertama dan kita akan mulakan fasa kedua selepas ini.
"Sepanjang fasa pertama ini bantuan telah diagihkan kepada enam penduduk di kawasan yang terjejas iaitu di Kampung Melayu dan Lembah Jaya di Ampang manakala Dusun Tua, Batu 14, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Serai di Hulu Langat yang melibatkan agihan kepada 1,297 keluarga.
![]() |
Orang ramai yang terlibat dengan banjir sedang mendaftarkan diri untuk mendapatkan bantuan daripada lembaga zakat selangor sebanyak RM300 bagi satu keluarga. |
Menyentuh berkenaan dengan fasa kedua agihan, Mohamed Izam memberitahu, agihan tersebut adalah untuk mereka yang tercicir dan belum menerima bantuan.
"LZS akan memastikan bahawa tiada mangsa yang tercicir, justeru kita minta sekiranya ada mangsa yang belum menerima bantuan agar segera berhubung dengan ketua kampung masing-masing.
"Selepas itu, Ketua Kampung haruslah menyerahkan senarai nama penduduk yang tercicir kepada LZS agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.
"Kita akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan agihan bantuan ini secepat mungkin," jelasnya.
Bercerita mengenai bantuan yang diberikan, Mohamed Izam berharap, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesengsaraan yang dihadapi mangsa.
"Kita doakan agar kawasan ini tidak lagi dilanda banjir teruk selepas ini dan mangsa yang terlibat dapat kembali meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
"LZS akan terus berusaha untuk memastikan agihan zakat ini disalurkan kepada mereka yang layak dan menyediakan peruntukan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah seperti banjir teruk ini," jelasnya.
No comments:
Post a Comment