Pengenalan
Mengikut senarai 1 jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan pindaan 1976, pencegahan dan pemadaman kebakaran termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, Balai Bomba dibina dari semasa ke semasa di tempat-tempat strategik oleh kerajaan bagi memenuhi tanggungjawab ini. Walaupun demikian usaha ini masih belum dapat menampung keperluan yang menyeluruh khususnya di bandar-bandar kecil dan penempatan di luar bandar, fenomena ini dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa dekad lagi. Salah satu langkah yang telah dan sedang diambil bagi tujuan mengisi kekosongan ini adalah dengan memperkenalkan dan menggerakkan penubuhan pasukan bomba Sukarela di seluruh Negara. Petikan pada 14.65 Rancangan Malaysia Ketujuh berbunyi, " Pasukan Sukarelawan Bomba akan ditubuhkan dalam masyarakat dan mereka akan diberikan latihan dalam pemadaman dan pencegah kebakaran ". Tujuannya adalah untuk memastikan pasukan sukarelawan yang terlatih boleh diambil tindakan serta merta untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.
Penubuhan Pasukan
Pasukan Bomba Sukarela adalah merupakan pasukan bukan sepenuh masa yang ditubuhkan secara sukarela oleh masyarakat setempat. Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela mula diberi perhatian? pada tahun 1987 . Pasukan Bomba Sukarela adalah sesuai ditubuhkan? di kawasan-kawasan yang terpencil? yang belum mempunyai balai bomba bagi memberi perlindungan kebakaran.
Objektif Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela
- Objektif bantuan awal menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan.
- Membantu penjagaan dan pemeriksaan pili bomba.
- Membantu memberikan khidmat kemanusiaan.
Bentuk Bantuan
Pasukan Bomba Sukarela yang telah ditubuhkan dan didapati aktif diberi bantuan latihan dan peralatan kebombaan. Antara peralatan kebombaan yang diberi adalah merupakan kenderaan bomba, pam angkut, jaket api, kasut api dan lain-lain aksesori kebombaan yang berkaitan.
Program Pasukan Bomba Sukarela
Pelbagai program dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kebombaan Pasukan Bomba Sukarela baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Antara program-program yang diadakan adalah seperti konvensyen, seminar, pertandingan kawad kecekapan, lawatan sambil belajar dan sebagainya.
Pada umumnya, penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah amat penting bukan sahaja dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia bahkan usaha ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat setempat dalam menghadapi kecemasan khususnya kebakaran
Ahli Jawatankuasa
Muat turun senarai ahli jawatankuasa
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Lebuh Wawasan,
PRESINT 7,
62250 Putrajaya.
Telefon : 603-8888 0036/37/38/40
Faks : 603-8888 0025
Emel : korporat@bomba.gov.my
Laman web : www.bomba.gov.my