Logo Baru Bomba Sukarela
Mengikut Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) · Dikemas kini lebih setahun yang lalu
Proses kelulusan tubuh pasukan bomba sukarela baru lebih ketat
ALOR SETAR - Proses kelulusan untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela baru dalam satu kawasan akan diperketatkan bagi mengelakkan berlaku lambakan pasukan berkenaan di pekan kecil.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, mulai sekarang kementerian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan memberi kelulusan pendaftaran dengan sewenangnya.
“Kita boleh lihat sendiri sekarang banyak pasukan bomba sukarela yang wujud. Situasi ini berlaku apabila dalam satu pasukan ada ahli yang mempunyai masalah dalaman dengan ketua keluar dari pasukan itu dan menubuhkan pasukan lain.
“Dulu mungkin senang diwujudkan tetapi, kini kita mahu kawal sedikit kelulusan supaya tidak timbul ada tiga pasukan bomba sukarela dalam satu pekan kecil dengan penduduk seramai 20,000 orang,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Konvokesyen Pasukan Bomba Sukarela Zon Utara dan Pelancaran Logo Baru Pasukan Bomba Sukarela.
Hadir sama, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Chee Heung berkata, kelulusan penubuhan bomba sukarela pada masa akan datang turut menitikberatkan keperluan pasukan itu dalam kawasan berkenaan sebelum usaha untuk mewujudkan pasukan baru diteruskan.
“Setiap anggota bomba sukarela perlu berdisiplin dan mutu lebih kurang sama dengan anggota JBPM, walaupun tidak menerima latihan setiap hari.
“Saya tidak mahu dengar ada anggota bomba sukarela berebut serta menunjuk samseng untuk sesuatu perkara yang tidak bermakna,” katanya.
Beliau berkata, anggota bomba sukarela juga perlu menonjolkan diri sebagai individu terlatih serta mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi berbanding orang biasa.
“Sebagai individu yang dilatih untuk membantu menjalankan tugas dengan yakin, mereka sepatutnya menyumbang sesuatu berguna kepada orang ramai.
“Mereka perlu mewujudkan persepsi yang baik di mata masyarakat dan boleh menjadi pemimpin di peringkat akar umbi,” katanya.