Penerima Tanda Pangkat

Majlis Penganugerahan Sijil
Tamat Latihan Bomba dan Penyelamat Sukarela

Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor
disempurna dan dirasmikan oleh
YB.  Dr. Che Rosli Che Mat.
Ahli Parlimen Hulu Langat.

Dalam majlis tersebut hanya seramai 15 orang sahaja yang menerima sijil daripada YB. Dr. Che Rosli Che Mat, selebihnya akan menerima daripada Pengerusi Bompens Taman Seri Nanding sendiri dalam majlis berasingan nanti.


Antara mereka ialah Penerima Tanda Pangkat:

Tuan Haji Yusoff bin Haji Hassan
(Pengerusi Bomba dan Penyelamat Sukarela- BOMPENS)
Timbalan Penguasa Bomba Sukarela
(TPgB)


Tuan Haji Azraie bin Abas
(Timb. Pengerusi merangkap jurulatih BOMPENS)
Penolong Kanan Penguasa Bomba Sukarela
(PKPgB)


Tuan Haji Ismail bin Kamaruddin
(Ketua Kampong Dusun Nanding merangkap Penasihat BOMPENS)
Penolong Kanan Penguasa Bomba Sukarela
(PKPgB)