Monday, 23 April 2012

Cynical Dari Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor, Ucapan Dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah Dan Borang Tawaran 5A Di Hulu Langat


Ungkapan YAB:
Dalam perjalanan ke sini saya melihat banyak bendera BN bersama dengan bendera Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka mengalu-ngalukan kedatangan kita, juga bermakna mereka menyokong apa yang kita lakukan selama ini di negeri Selangor!
30 tahun rakyat tidak pasti tanah yang mereka diami, selama ini BN gunakannya sebagai umpan pilihanraya. Tapi hari ini tanpa mengira faham politik dan kaum kita kurnikan 29 geran pemilikan tanah kepada penduduk Kg. Bahagia, Bangi dan 55 borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada penduduk Sungai Makau.
Kita tidak perlu memohon ihsan dari Kerajaan Persekutuan. Kita mampu keluarkan RM600 juta bagi Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Masa BN di Selangor ada reserve hanya RM400 juta, tapi kini kita ada RM1.9 bilion, kita tidak rasuah dan tidak berlaku ketirisan!
Berlaku penambahan penundi di Selangor secara besar-besaran. Ada tempat yang 2008 pengundi hanya 5,000 - bukan di Bandar, kini pengundi 20,000. Keadaan ini berlaku di tempat lain. Ada rumah hanya 5 tingkat, tapi alamat pengundi ditingkat 8, kita akan siasat kebenaran penambahan luar biasa, termasuk pemindahan pengundi bukan dari permohonan pengundi, termasuk nama saya dipindah dari PJ ke Lembah Pantai. Kita. mau pastikan kebenaran. Hari ini padang ini begitu bersih dan indah, tukang membersih masih membersih ketika majlis ini berjalan.
Kepada YDP MPKj pastikan, jangan hanya bersih ketika mengadakan majlis, tetapi tidak sebenarnya bila di belakang!Ungkapan-ungkapan di atas disampaikan oleh Y.A.B. Tan SriDato` Seri ketika menyampaikan ucapan sempena menyampaikan geran tanah kepada29 pemilik dari Kg. Bahagia, Bangi dan 55 Borang 5A kepada penduduk Sungai Makau. Hulu Langat.

Hadir bersama ialah Y.B. Tuan Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Y.B.Tuan Ean Yong Hian Wah Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Y.B.Khasim bin Abdul Aziz Adun Lembah Jaya, Tuan Haris Kasim Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato` Hassan Nawawi YDP,MPKj, Mohd Jan bin Sulung Penyelaras Dun Dusun Tua, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua kampung, Ahli-Ahli JKKK, penerima-penerima Tawaran Tanah dan pegawai dan kakitangan kerajaan.
Sebelumnya Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat berterima kasih diatas pengurniaan Geran dan Borang 5A. Beliau berharap pemberian sedemikian akandisusuli kepada pemohon-pemohon dari Kg. Batu 3 Semenyih, Jalan Reko, Teras Jernang, Padang Lubuk Kelubi, Tekali, Batu 10 Cheras, manakala Ahli JKKK Kampung Macau En. Chong Cheong Fatt yang berucap sebelum Y.B. Dr. Che Rusli CheMat mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PejabatTanah menawarkan 55 borang 5A yang membolehkan penduduk memiliki tanah sendirisetelah menunggunya lebih 30 tahun. Beliau melahirkan aduan, bahawa sejak 5tahun yang lalu air pili di Kampung Sungai Makau mengalami tekanan rendah. Rayuan telah dibuat kepada pihak Syabas dan tapak disediakan. Beliau berharap Syabas mengambil tindakan mengatasi tekanan air rendah bagi penduduk Sungai Makau dengan kadar segera.
Selepas perasmian dilakukan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, maka Y.A.B. menyampaikan geran kepada yang berkelayakan dan Borang 5A kepada mereka yang menerima tawaran.

Sekian.

Tuesday, 3 April 2012

Bantuan Lembaga Zakat Selangor meringankan Kesulitan Penduduk Taman Seri Nanding


Pengarah Pengurusan DUN En Mat Jan Sulong
tidak ketinggalan untuk memberi bantuan
meyampaikan bantuan kepada penerima.
 SEDAR akan kewajipan membantu, meringan dan memperkasakan ummah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukan RM664,200 untuk diagihkan kepada 2,214 keluarga yang terjejas teruk akibat bencana banjir kilat di kawasan Hulu Langat dan Ampang, Selangor.

Bagi melicinkan pengagihan wang berkenaan, tujuh program telah dijalankan oleh LZS dalam memastikan setiap mangsa menerima bantuan berkenaan dan yang terakhir telah diadakan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, kesemua mangsa yang terjejas akibat bencana itu tergolong di bawah peruntukkan fisabilillah dan layak untuk mendapat bantuan zakat.

Katanya, melalui bantuan yang disalurkan, setiap keluarga akan menerima sumbangan sebanyak RM300 bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana yang berlaku.

"Program kali ini adalah yang ketujuh dan terakhir untuk fasa pertama dan kita akan mulakan fasa kedua selepas ini.

"Sepanjang fasa pertama ini bantuan telah diagihkan kepada enam penduduk di kawasan yang terjejas iaitu di Kampung Melayu dan Lembah Jaya di Ampang manakala Dusun Tua, Batu 14, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Serai di Hulu Langat yang melibatkan agihan kepada 1,297 keluarga.


Orang ramai yang terlibat dengan banjir sedang
mendaftarkan diri untuk mendapatkan bantuan
daripada lembaga zakat selangor sebanyak
RM300 bagi satu keluarga.
 "Namun agihan yang dilakukan terakhir ini adalah yang terbesar dengan melibatkan sebanyak 917 keluarga yang terjejas," katanya kepada Mega, Utusan Malaysia ketika ditemui pada program agihan bantuan berkenaan di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Nanding, Hulu Langat baru-baru ini.

Menyentuh berkenaan dengan fasa kedua agihan, Mohamed Izam memberitahu, agihan tersebut adalah untuk mereka yang tercicir dan belum menerima bantuan.

"LZS akan memastikan bahawa tiada mangsa yang tercicir, justeru kita minta sekiranya ada mangsa yang belum menerima bantuan agar segera berhubung dengan ketua kampung masing-masing.

"Selepas itu, Ketua Kampung haruslah menyerahkan senarai nama penduduk yang tercicir kepada LZS agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

"Kita akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan agihan bantuan ini secepat mungkin," jelasnya.

Bercerita mengenai bantuan yang diberikan, Mohamed Izam berharap, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesengsaraan yang dihadapi mangsa.

"Kita doakan agar kawasan ini tidak lagi dilanda banjir teruk selepas ini dan mangsa yang terlibat dapat kembali meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

"LZS akan terus berusaha untuk memastikan agihan zakat ini disalurkan kepada mereka yang layak dan menyediakan peruntukan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah seperti banjir teruk ini," jelasnya.